829 Pengerusi JPKK tamat perkhidmatan serentak penghujung Mei, pelantikan baharu bermula 1 Jun

IPOH – Seramai 829 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau ketua kampung di seluruh Perak akan tamat perkhidmatan secara serentak pada penghujung Mei ini, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Berikutan itu, penilaian prestasi sedang dijalankan oleh Pegawai Daerah masing-masing bagi menentukan sama ada ketua kampung sedia ada akan disambung perkhidmatan atau digantikan dengan pelantikan baharu yang akan bermula pada 1 Jun.

Menurut Saarani, beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu diambil kira dalam proses penilaian tersebut.

“Ia merangkumi prestasi sepanjang tempoh perkhidmatan, selain faktor umur dan tahap kesihatan yang baik.

“Seperti yang ditetapkan KKDW, setiap ketua kampung hanya dibenarkan berkhidmat sehingga usia 65 tahun.

“Sekiranya ada yang sudah melebihi had umur tersebut, saya mohon maaf kerana mereka tidak boleh dilantik semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati MADANI di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Mengulas lanjut, Saarani turut mengingatkan bahawa sekiranya ada ketua kampung yang tidak disambung perkhidmatan, mereka tidak seharusnya kecewa, sebaliknya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Dalam majlis tersebut, Kampung Setia Jaya, Sungai Siput dari Daerah Kuala Kangsar diumumkan sebagai Johan Anugerah Sejati MADANI 2024, membawa pulang piala iringan dan peruntukan projek infrastruktur bernilai RM100,000.

Sementara itu, Kampung Telaga Nenas dari Daerah Manjung muncul sebagai Johan Anugerah Desa Sejahtera Negeri Perak 2024 dengan menerima piala iringan dan hadiah berupa penyaluran dana berjumlah RM10,000 ke akaun JPKK.

Anugerah tersebut merupakan kesinambungan daripada Program Sejahtera Komuniti MADANI atau SejaTi MADANI.

Ianya telah memberi impak besar dalam memperkasa komuniti desa melalui pelaksanaan projek-projek berdaya maju.

Related Posts

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

IPOH – Yayasan Perak memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan di negeri ini untuk tahun 2026 menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Yayasan Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis

BETONG – Padah bergaduh menggunakan senjata tajam di tempat awam, seorang lelaki ditahan polis selepas video insiden itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh