Anwar peruntuk hari khas mulai Jun untuk bina kekuatan parti

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mula memperuntukkan satu hari khas setiap minggu bagi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti, bermula Jun ini.

Pengumuman itu dibuat ketika menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.

Menurut Anwar, tumpuan beliau selama hampir tiga tahun ini lebih terarah kepada tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, sehingga mengakui kurang memberi perhatian kepada keutuhan parti.

“Insya-Allah, mulai Jun ini, saya akan bahagikan tugas. Sebelum ini, majoriti masa saya tertumpu kepada kerajaan, tapi saya akan peruntukkan hari khusus untuk bina kekuatan parti,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama antara parti-parti komponen dalam Kerajaan MADANI menerusi tugasan kepada Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Ini termasuk apa yang saya tugaskan kepada Datuk Seri Saifuddin untuk pastikan hubungan kerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan MADANI itu dimantapkan,” katanya lagi.

Langkah ini dilihat sebagai usaha serius Anwar dalam memperkukuh struktur dan perpaduan dalaman PKR, menjelang cabaran politik mendatang serta untuk memastikan parti terus relevan dalam landskap politik tanah air.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa