789 anggota trafik kawal kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN

SERAMAI 789 pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan pada 26 dan 27 Mei ini di Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, jumlah kekuatan ini merangkumi bantuan petugas dari JSPT seluruh negara.

“Seramai 789 petugas trafik terdiri daripada 55 pegawai kanan dan 734 pegawai rendah bersiap sedia sepanjang persidangan berlangsung.

“Kekuatan ini merangkumi bantuan sumber manusia JSPT daripada seluruh kontinjen seramai 497 orang termasuk Kuala Lumpur iaitu 292 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Amanat kepada petugas sumber manusia sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) pada Isnin.

Tambahnya lagi, JSPT akan mengerahkan sepenuhnya aset trafik yang ada seperti motosikal pengiring, kereta peronda, dan sistem On Board Camera (OBC) bagi menjamin keberkesanan kawalan serta pematuhan peraturan lalu lintas.

Antara aset yang bakal digunakan termasuklah 36 kereta peronda, 313 motosikal berkuasa tinggi, 190 motosikal kecil serta alat perhubungan radio termasuk elemen kembalik, akan diuji dalam masa terdekat.

“Latihan raptai atau ‘dry-run’ pergerakan motoked akan berlangsung pada 21 dan 22 Mei (Rabu dan Khamis), melibatkan kawalan laluan, lokasi serta petugas terlibat,” katanya lagi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bakal menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota bagi membincangkan pelbagai isu serantau, memperkukuh hubungan ekonomi, dan mengangkat prinsip keterangkuman serta kemampanan.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti video penuh, usah terjebak fitnah – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menepis sekeras-kerasnya tohmahan kononnya beliau pernah menyatakan isu memijak Al-Quran tidak perlu diselesaikan dengan hukuman. Beliau menegaskan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan