Nahas empat kenderaan babitkan sebuah lori treler, seorang maut, tiga cedera

BIDOR – Seorang pemandu treler muatan batu kapur maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di kilometer (km) 366 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pada malam Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, membabitkan sebuah lori treler, dua lori 5 tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pihak Bomba menerima panggilan berhubung nahas itu pada jam 10.36 malam dan seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan Bidor diatur gerak ke lokasi.

“Kita dapati seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun tersepit di dalam kepala lori treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dua mangsa lelaki iaitu pemandu dan kelindan lori 5 tan muatan paip, masing-masing berusia 28 tahun mengalami kecederaan.

“Manakala pemandu lori 5 tan yang membawa muatan motosikal mengalami kecederaan di bahagian kaki,”katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, pemandu dan penumpang kereta jenis MPV Toyota Unser, masing-masing berusia 37 dan 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 1.09 pagi,”tambah beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad mengesahkan, mangsa yang maut dikenalpasti sebagai pemandu treler yang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.

Ujarnya, pihak polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA