
MANUSIA sering diuji dengan kesenangan apatah lagi dengan kesukaran. Apabila senang dan mewah, kita acap kali sakan berbelanja sehingga alpa dan tidak menyediakan tabungan seolah-olah kesenangan dan kemewahan itu kekal selamanya.
Hari ini, apabila kerajaan menyeru rakyat berjimat dari segi pengurusan kewangan dan penggunaan tenaga serta menabung bagi menghadapi kesulitan dan krisis ekonomi global, ada yang sinis, ada yang mengutuk, ada yang cuba mempolitikkan seruan tersebut.
Sedangkan hakikatnya jelas, tidak ada kerajaan di dunia yang mampu mengawal sepenuhnya kenaikan harga global hatta Amerika Syarikat atau China sekali pun.
Harga minyak, makanan, logistik, bahkan kadar faedah semuanya dipengaruhi oleh faktor luar seperti konflik geopolitik,perang bersenjata, perang perdagangan, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
PMX sedar akan realiti ini, beliau tidak bermain semtimen yang menafikan realiti, tetapi menyeru negara ini bersedia menghadapinya secara bersama-sama.
Anwar bukan sekadar menyeru, tetapi kerajaan MADANI pimpinan beliau melakukan tindakan strategik seperti
•Memperkasa subsidi bersasar
•Meluaskan skop bantuan tunai
•Memperkenalkan inisiatif kos sara hidup
•Mengukuhkan program ekonomi domestik
Ini menunjukkan PMX sebagai pemimpin yang memahami realiti semasa negara dan keadaan global dunia.
Bahkan, jika kita menoleh sirah anbiya, pendekatan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
Kisah Nabi Yusuf A.S memberi gambaran yang sangat jelas tentang kepimpinan ekonomi yang berhemah. Ketika Mesir menikmati 7 tahun kemakmuran, Nabi Yusuf tidak menyuruh rakyat berbelanja tanpa kawalan.
Sebaliknya, baginda menyeru agar hasil tanaman disimpan dan dijimatkan. Kerana baginda tahu, 7 tahun kemarau bakal tiba.
Apabila kemarau itu berlaku, mereka bersedia lebih awal.
Ini adalah strategi ekonomi yang kekal relevan sepanjang zaman yang sedang diimplementasikan oleh PMX hari ini.
Jadi, marilah bersedia ketika masih ada ruang, menabung sebelum kesempitan, dan menyokong inisiatif kerajaan dalam melindungi negara sebelum krisis membesar.
Sirah Nabi Yusuf A.S mengajar kita, yang bersedia akan bertahan, yang lalai akan terkesan. Pilihan di tangan kita.
*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)*



