58,000 liter minyak sawit mentah disimpan tanpa kebenaran dirampas

JOHOR BAHRU – Polis berjaya merampas tiga buah treler yang tidak mempunyai nombor pendaftaran mengandungi 58,000 liter minyak sawit mentah bernilai RM220,500 di sebuah premis di Permas Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Timbalan Pesuruhjaya Polis (ACP) Raub Selamat berkata, menerusi Op Taring Palma dijalankan itu, rampasan minyak sawit jenis ‘crude palm oil’ dilakukan membabitkan pegawai dan anggota daripada Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dan pegawai penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Serbuan antara 12.30 tengah malam hingga 10.18 pagi itu berjaya merampas kesemua minyak sawit mentah yang disimpan dalam treler. Setiap treler menyimpan minyak sawit antara 5,000 hingga 43,000 liter.

“Selain tiga treler yang dijadikan tempat penyimpanan bahan berkenaan, turut dirampas adalah satu unit mesin pam jenama Honda GX160 dan satu unit pam jenama Asahi berserta hos.

“Juga dirampas dua menara dandang, satu foklif jenis Toyota 25, satu alat penimbang industri 100 tan dan satu lori jenis Hino 40 tan dan jumlah rampasan ialah RM465,111.20,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, minyak sawit mentah itu dikesan disimpan secara tidak sah dan kesemua barang rampasan berkenaan diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan premis tersebut tidak berpenghuni dan kes disiasat di bawah Seksyen 78 Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan Peraturan 5 Perenggan 5(1)(B) serta Peraturan 5(1)(D).

Related Posts

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam. Isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan