51 penuntut KPM muntah, sakit perut, 7 kafe kolej diarah tutup

MELAKA – Seramai 51 penuntut kolej Profesional MARA di sini mengalami muntah dan cirit-birit selepas disyaki keracunan makanan sejurus menikmati juadah di kafe institusi itu, sejak Khamis lalu.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai 36 orang penuntut perempuan dan 15 lelaki itu mengalami sakit perut, muntah, cirit-birit dan demam sejak khamis lalu, sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin dan Klinik Kesihatan Ayer Molek.

“Namun situasi itu berterusan sehingga Jumaat kerana masih terdapat pelajar yang dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun keadaan dimaklumkan terkawal dan hanya seorang yang dimasukkan ke wad manakala pelajar lain hanya dirawat sebagai pesakit luar. Mereka dibenarkan pulang ke asrama selain tiada pertambahan kes dilaporkan sehingga tengah hari Sabtu,” katanya.

Tambah beliau, susulan kejadian itu anggota penguat kuasa kesihatan diarah melakukan pemeriksaan serta siasatan di kafe kolej terbabit.

Katanya, berdasarkan rumusan pemeriksaan didapati tiada punca spesifik yang dikenal pasti sebagai punca keracunan kerana pelajar didakwa menikmati pelbagai jenis juadah daripada tujuh kafe yang terdapat di kolej berkenaan.

“Semua kafe terbabit diarah tutup selama 14 hari sehingga 30 Ogos ini bagi membolehkan operasi pembersihan dan sanitasi untuk memutuskan rantaian keracunan.

“Pemeriksaan semula oleh Jabatan Kesihatan Negeri akan dijalankan pada 19 Ogos ini untuk melihat tahap kebersihan di semua kafe terbabit,” katanya.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang