5 maut, MPV bertembung dengan lori treler di Jalan Sulaman Gayang

TUARAN – Lima individu disahkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish di Jalan Sulaman Gayang, hadapan Pusat Latihan Rela Tuaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 2.09 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan sebuah Toyota Wish telah bertembung dan terbabas di bahu jalan.

“Terdapat enam orang mangsa terlibat. Lima orang di dalam kenderaan Toyota Wish berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan rescue tools.

“Kesemua lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM dan seterusnya diserahkan kepada pasukan Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Jelasnya, kesemua mangsa maut adalah lelaki manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada pukul 3.20 petang.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang