Kerajaan Selangor buktikan konsep Ummah MADANI bukan retorik

KONSEP Ummah MADANI bukan sekadar retorik, sebaliknya dizahirkan oleh kerajaan Selangor melalui pelbagai inisiatif pembangunan yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, usaha tersebut meliputi pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi dan kebajikan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor 1447H/2025M itu berkata, antara inisiatif tersebut ialah memperluas akses pendidikan tinggi melalui penubuhan Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS).

“Ini menjadi bukti komitmen untuk kita melahirkan modal insan berilmu dan berakhlak mulia,” katanya dalam ucapan sembah sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor 1447H/2025 di Masjid Negeri, di Shah Alam, hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis sambutan berkenaan diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Agama Dr Mohammad Fahmi Ngah selain kira-kira 600 hadirin.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul Selangor 1447H/2025M kepada bekas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Profesor Adjung Dr Syeikhul Maqari’ Othman Hamzah.

Ahmad Fadzli berkata, daripada aspek ekonomi, Selangor terus menjadi nadi industri negara dengan hab perindustrian di Shah Alam, Klang dan Sepang yang bukan saja membuka peluang pekerjaan tetapi menjadikan negeri ini sebagai pintu masuk pelaburan antarabangsa.

“Selain itu, Kerajaan Negeri memperkukuh kesejahteraan rakyat dengan inisiatif seperti Rumah Selangorku, Bas Smart Selangor serta program bantuan kebajikan yang menyentuh kehidupan golongan B40 melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

“Dalam menjaga kelestarian alam, Selangor juga menggerakkan agenda pemeliharaan sungai, tadahan air dan kawasan hijau sebagai warisan generasi akan datang selari dengan maqasid syariah iaitu memelihara nyawa dan kelangsungan hidup.

“Maka jelaslah, membangun Ummah MADANI menuntut kita semua untuk bersama-sama menggembleng tenaga. Selangor akan terus gemilang sekiranya kita meneladani Rasulullah SAW, memegang teguh nilai integriti, memperkukuh perpaduan serta menzahirkan akhlak mulia dalam segenap aspek kehidupan,” katanya.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen