38 bilik darjah di SJK (C) Yue Min, Penampang mula guna papan pintar interaktif

PENAMPANG – Peruntukan sebanyak RM80,000 disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C), Yue Min yang melibatkan pemasangan papan pintar interaktif di 38 bilik darjah di sini, pada Isnin.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif ini dibiayai melalui peruntukan Ahli Parlimen Penampang sebanyak RM50,000 yang telah disalurkan pada tahun lepas.

Ewon berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM30,000 akan disalurkan ke sekolah tersebut bagi membiayai kos tambahan dari segi penyewaan kelengkapan-kelengkapan yang telah dipasang, perisian dan sebagainya.

“Saya difahamkan peruntukan RM50,000 telah digunakan semuanya di 38 bilik darjah tetapi memerlukan kos tambahan dari segi penyewaan kelengkapan-kelengkapan yang telah dipasang, perisian dan sebagainya.

“Sebab itulah saya menggunakan peruntukan Ahli Parlimen tahun ini sebanyak RM30,000 untuk membantu pihak sekolah membayar sebahagian daripada kos yang telah dimaklumkan kepada saya,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Papan Pintar Interaktif.

Katanya, langkah ini akan memberi manfaat besar kepada para pelajar dalam menghadapi dunia yang semakin berkembang pesat dengan teknologi digital.

“Saya amat yakin ini akan membawa perubahan, membawa manfaat kepada anak-anak yang bersekolah di sini terutama dalam membudayakan digitalisasi.

“Bukan hanya dalam pembelajaran dan pengajaran tetapi menyediakan mereka kepada masa depan yang lebih baik kerana  elemen digitalisasi itu adalah komponen besar dalam semua urusan yang kita jalani hampir setiap hari pada masa kini,” ujarnya.

Ewon juga berkata, akan terus menyokong SJK (C) Yue Min sama seperti beliau  menyokong sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan Parlimen Penampang.

Selepas majlis perasmian, Ewon turut melawat jalan raya dan parit yang bermasalah di sekitar kawasan sekolah untuk diambil tindakan.

Related Posts

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

MUKAH – Tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka benar-benar memahami risiko penyakit, termasuk cara pencegahan yang betul. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa