Sabah sedia teroka pasaran pelancongan antarabangsa, lancar Kempen ‘Explore Sabah’ di ITB Berlin

BERLIN, JERMAN – Sabah bersedia meneroka lebih jauh ke pasaran pelancongan antarabangsa dengan mempamerkan tawarannya kepada pembeli global melalui pelancaran Kempen Explore Sabah di ‘International Tourism Exchange’ (ITB) Berlin, di sini.

Tahun ini, sembilan ejen tempatan akan membuat pameran bersama dengan Lembaga Pelancongan Sabah dalam ‘travel trade show’ selama tiga hari yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Messe, Berlin mulai esok, 4 Mac.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, ITB Berlin adalah penting bagi memastikan Sabah releven dalam pasaran Eropah dengan membina perkongsian jangka panjang yang menyokong pertumbuhan pelancongan mampan.

“Jumlah pelawat kami semakin meningkat dari Eropah membuktikan Sabah adalah destinasi pilihan. Kami harus terus membina momentum ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau yang mengetuai delegasi Sabah, diiringi Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian, Alesia Sion dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancong Sabah, Julinus Jeffery Jimit, dijadualkan akan merasmikan pembukaan Sabah pada esok.

Sebagai persediaan, Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancong Sabah telah berada di tapak acara pada hari ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan menjelang pameran itu.

Tahun ini, Lembaga Pelancongan Sabah telah memperoleh tempat dalam ‘Malaysian Association of Tour and Travel Agents’ (MATTA) Pavillion, yang menyediakan platform kepada empat ejen pelancongan tempatan.

Tiga ejen akan membuat pameran di bawah stand Lembaga Pelancongan Sabah, manakala dua lagi termasuk sebuah syarikat hospitaliti akan membuat pameran di dalam Tourism Malaysia, Pavillion.

Beberapa pelancaran utama juga akan berlangsung iaitu Explore Sabah 2026, berikutan kejayaan debutnya di World Travel Market (WTM) London 2024 dan Pembukaan ‘Sabah’s World Best’.

Turut diperkenalkan, dua pakej pelancongan pengembaraan eksklusif eko-pelancongan oleh ‘Borneo Nature Tours’, yangr dinamakan ‘The Coastal Wonders: Blue Rings Reef’ dan ‘Bornean Pygmy Elephant Endeavour.

Selain itu, Sabah juga akan mempromosikan OCEANMAN 2025 dalam pertandingan renang air terbuka antarabangsa.

Related Posts

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

TAWAU – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah terus memperhebat inisiatif bersemuka di instituti pendidikan dengan dengan penyampaian mesej berkenaan internet selamat dan buli. Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor berkata, usaha itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini