33 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Miri

MIRI – Seramai 33 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Gegar dan Ops Pintu yang dijalankan secara bersepadu di sekitar bandar Miri pada 24 hingga 25 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) JIM, operasi tersebut dijalankan bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen serta memastikan keselamatan dan ketenteraman komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Operasi yang melibatkan 15 pegawai imigresen itu memberi tumpuan kepada kawasan tumpuan warga asing dan beberapa premis perniagaan di sekitar bandar ini.

“Hasil pemeriksaan terhadap 60 individu, seramai 33 orang terdiri daripada tujuh lelaki dan 26 wanita ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” menurut kenyataan itu.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, selain beberapa kesalahan lain mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen. Semua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Miri untuk siasatan dan tindakan lanjut.

JIM Sarawak dalam kenyataannya menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan melanggar undang-undang imigresen.

Jabatan itu turut menyeru orang awam agar menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi membantu usaha penguatkuasaan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Kredit foto: Jabatan Imigresen Sarawak

Related Posts

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?