
PAPAR – Tiga mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Marahang Tuntul, di sini pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman setakat ini, dua mangsa yang tertimbus telah ditemukan dan usaha membawa keluar mangsa sedang dijalankan.
“Setakat ini, dua mangsa yang tertimbus telah ditemukan dan usaha membawa keluar mereka sedang dijalankan.
“Seorang lagi mangsa masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Jelasnya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.







