267 stesen pemancar komunikasi terkesan, pulih beroperasi

PUTRAJAYA – Sebanyak 323 menara atau stesen pemancar komunikasi dan 91 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor telah terjejas akibat bencana banjir yang melanda, kata Menteri Komunikasi.

Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti jumlah dan keadaan stesen pemancar komunikasi yang terkesan di empat negeri.

“Secara keseluruhannya 323 stesen pemancar komunikasi telah terjejas di empat negeri, di mana 264 di Kelantan, 49 di Terengganu, sembilan di Pahang, dan satu di Johor.

“Daripada jumlah 323 stesen yang terkesan, 267 telah kembali pulih manakala 56 masih belum beroperasi. Terdapat 91 pusat NADI terkesan daripada 91 yg terkesan akibat banjir, 81 telah beroperasi,10 lagi belum beroperasi,” katanya ketika Sidang Media Mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

Mengulas lanjut, sebanyak 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dipasang dengan sambungan wifi secara percuma.

“Setakat pukul 9 pagi tadi, jumlah PPS masih beroperasi adalah 120 PPS tetapi ada yang telah ditutup, MCMC memaklumkan bahawa 23 PPS telah dipasang dengan wifi percuma.

“Dalam masa sama MCMC terus berada pada tahap kesiapsiagaan untuk memastikan sekiranya berlaku insiden seperti banjir selepas ini maka isu-isu telekomunikasi dapat ditangani dengan segera,” katanya.

Dalam kesempatan sama, Fahmi turut memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dalam perjalanan menuju ke Raub Pahang bersama pasukan MCMC untuk membantu mangsa serta meneliti isu-isu mengenai komunikasi.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap