2,653 angka kematian terkini Lubnan

BEIRUT – Jumlah kematian akibat serangan udara Israel yang berterusan ke atas Lubnan sejak tahun lalu telah mencecah 2,653, manakala 12,360 yang cedera, kata Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Dalam serangan terbaharu, tiga orang terbunuh akibat tentera rejim Israel telah mengebom Persatuan Kecemasan Kesihatan Al-Risalah yang merupakan sebuah pusat penjagaan kesihatan dikendalikan oleh parti politik Gerakan Amal, terletak di bandar Ain Baal, selatan Lubnan.

Pergerakan itu, yang diketuai oleh Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri, mengeluarkan kenyataan mengenal pasti ketiga-tiga mereka sebagai Hassan Shibli, Ahmad Murad, dan Sobhi Mousa Shibli.

Korban terbaharu menjadikan jumlah pekerja kesihatan yang terbunuh di Lubnan sejak serangan Israel bermula pada Oktober tahun lalu kepada 167, kata Kementerian Kesihatan Lubnan.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi