238 PATI ditahan dalam operasi bersepadu Imigresen di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 238 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, pada Rabu.

Menurut Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, operasi berkenaan melibatkan penempatan rumah setinggan, tapak pembinaan perumahan dan kilang kayu di Sandakan.

“Operasi Mahir dan Operasi Sapu yang bermula pada pukul 1.30 pagi itu melibatkan seramai 71 pegawai pelbagai pangkat daripada Pejabat Imigresen Sandakan, Tawau, Lahad Datu serta Bahagian Penguatkuasa Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi tersebut dijalankan susulan aduan awam serta risikan yang telah dilakukan selama sebulan.

“Seramai 480 individu diperiksa dan daripada jumlah itu 238 PATI ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Tangkapan terdiri daripada 88 lelaki dewasa, 88 wanita dewasa, 30 kanak-kanak lelaki dan 32 kanak-kanak perempuan. 

“Mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Sandakan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada dokumen perjalanan sah Seksyen 6(1)(c), tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan Seksyen 15(1)(c), salah guna pas Seksyen 39(b) serta kesalahan menggaji PATI oleh majikan Seksyen 55(B).

“Sehingga 4 Jun 2025 seramai 13,850 orang telah diperiksa di seluruh negeri dengan 2,730 PATI ditahan dan 53 majikan turut dikenakan tindakan,” jelas beliau.

Beliau berkata seramai 6,058 PATI telah dipindahkan melalui jalan laut dan udara setakat tarikh berkenaan.

Katanya, operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warganegara asing yang melanggar undang-undang negara.

Justeru, JIM Sabah menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai keberadaan PATI atau majikan yang menggaji warga asing secara haram kepada pihak berkuasa.

JIM Sabah menegaskan komitmen mereka dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang sah dibenarkan tinggal dan bekerja di Malaysia.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy