ADUN Karamunting agih 4,500 peket daging sempena Hari Raya Aidiladha

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zi berkesempatan menyertai agihan 4,500 peket daging kepada penduduk di 11 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

Menurut beliau, inisiatif itu bertujuan meringankan beban penduduk serta menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaan bersama keluarga dan komuniti setempat.

“Terima kasih kepada semua ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sukarelawan dan ‘Task Force Team’ ADUN Karamunting yang bertungkus-lumus memastikan sumbangan ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Ia juga termasuk penduduk kampung atas air dan kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambahnya, agihan tersebut juga merupakan tanda penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada beliau dan pasukannya selama ini.

“Saya berharap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga dan komuniti masing-masing.

“Ini juga adalah salah satu cara saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya dan pasukan saya selama ini,” ujarnya. 

Dalam pada itu, George turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Sabah khususnya penduduk di kawasan Karamunting.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16