
KOTA KINABALU – Profesor Ir Dr Rosalam Sarbatly dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kelapan berkuat kuasa 23 November 2026.
Pelantikan itu disambut baik seluruh warga UMS yang merakamkan ucapan tahniah serta mengalu-alukan kepimpinan baharu beliau dalam menerajui universiti berkenaan.
Dalam kenyataan UMS, warga universiti itu menyatakan harapan agar kepimpinan Rosalam dapat meneruskan usaha memperkukuh kecemerlangan institusi berkenaan, meneroka potensi baharu serta meningkatkan kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang disegani.
UMS turut menyatakan keyakinan agar amanah yang diberikan kepada Rosalam dapat dilaksanakan dengan baik demi membawa lebih banyak kejayaan kepada universiti serta seluruh warganya.
Pelantikan itu diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha bersama dalam memperkukuh hala tuju dan pembangunan UMS pada masa hadapan.



