Pahang cadang ECRL diperluas ke Pekan, Rompin

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi tumpuan kepada perancangan pembangunan jangka panjang termasuk penyediaan rangkaian pengangkutan lebih menyeluruh bagi memudahkan pergerakan penduduk.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara perancangan strategik kerajaan negeri adalah mencadangkan supaya perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diperluaskan ke beberapa daerah lain seperti Pekan dan Rompin.

Menurutnya, cadangan itu telah dimasukkan dalam perancangan struktur negeri sebagai persiapan awal untuk masa hadapan.

“Itu perancangan kita, kita telah memohon untuk masa depan dalam perancangan struktur negeri. Sebab saya tidak mahu bila diminta baru kita beri cadangan.

“Sekarang ini bila diminta, kita terus kemukakan cadangan dan kita akan usahakan ke arah itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pahang 2026, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah PLANMalaysia, Saidin Lateh dan Pengarah PLANMalaysia Pahang, Datuk Nik Noraisu Nik Ibrahim.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut menyuarakan hasrat kerajaan negeri untuk memohon supaya projek ECRL dikembalikan kepada landasan berkembar seperti kelulusan asal sebelum ia diubah kepada landasan tunggal.

Sementara itu, dalam majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan bagi penganjuran Anugerah Kampung Tradisi Pahang ditambah kepada RM300,000 tahun depan berbanding RM200,000 tahun ini.

Katanya, penambahan itu dibuat susulan sambutan menggalakkan terhadap penganjuran sulung anugerah berkenaan yang menyaksikan penyertaan 60 kampung tradisi dari seluruh Pahang.

Menurutnya, inisiatif tersebut bukan sekadar pengiktirafan kepada kampung cemerlang, malah menjadi pemangkin kepada masyarakat setempat untuk lebih progresif dan dinamik dalam memajukan kampung masing-masing.

“Dengan adanya anugerah ini, kita mahu melahirkan masyarakat yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk memajukan kampung mereka, sama ada dalam bidang ekonomi atau bidang lain,” katanya.

Pada penganjuran sulung tahun ini, Kampung Merapoh di Lipis dinobatkan sebagai juara Anugerah Kampung Tradisi Pahang 2026 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM100,000.

Sebanyak 10 kampung terbaik daripada 60 kampung yang mengambil bahagian dipilih untuk menerima pengiktirafan, selain Anugerah Khas, dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM200,000.

Wan Rosdy berkata, Pahang mempunyai 1,933 kampung tradisi dan penambahan peruntukan itu diharap dapat memperkukuh usaha mengenal pasti lebih banyak kampung berpotensi untuk diketengahkan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri bercadang mewujudkan Anugerah Kampung Bahagia berdasarkan kriteria tertentu yang akan ditetapkan oleh PLANMalaysia Pahang.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok