PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin membuat pengumuman pada Jumaat, namun sama ada perkara itu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 masih belum dapat dipastikan.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan terdapat pengumuman berkenaan ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan politik negeri menjelang PRN Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak dapat memberikan kepastian mengenai perkara itu, termasuk kemungkinan pengumuman dibuat sempena program yang dijadual dihadiri kepimpinan negeri pada Jumaat.

“Saya rasa saya tidak akan dapat menjawab itu,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS Sarawak Ke-61 di The Everly Lhesson Hotel, pada Khamis.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak diminta mengulas spekulasi mengenai kemungkinan pengumuman politik dibuat bersempena acara Sarawak Regatta di Kuching Waterfront.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menghadiri majlis simbolik penyerahan pendayung sempena Sarawak Regatta pada Jumaat.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan rasmi bahawa acara berkenaan akan menjadi platform pengumuman pembubaran DUN Sarawak.

Sebelum ini, Abdul Karim menyatakan bahawa keputusan pembubaran DUN terletak di bawah pertimbangan Premier Sarawak, manakala penetapan tarikh pilihan raya merupakan bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Untuk rekod, persidangan DUN Sarawak yang berlangsung dari 12 hingga 21 Oktober lalu telah selesai, dengan Belanjawan Sarawak 2027 menjadi antara agenda utama persidangan tersebut.

Sehingga kini, tarikh pembubaran DUN dan pelaksanaan PRN Sarawak Ke-13 masih belum diumumkan secara rasmi.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok