Perikatan National terkubur

PERIKATAN Nasional (PN) akhirnya berdepan tamparan besar apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu pada 20 Oktober 2026.

Keputusan tersebut dibuat selepas penjelasan yang dikemukakan PN didapati gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Berhenti menyalahkan kerajaan MADANI.

Krisis ini bermula daripada pertikaian dalaman yang membabitkan hubungan antara Bersatu dengan kepimpinan PAS sendiri (dua parti yang menjadi tonggak utama PN).

Bekas Pengerusi Perikatan National, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, yang disebut-sebut sebagai calon PM ke-11 oleh PAS, kini berdepan realiti yang berbeza. Koliasi politik yang sepatutnya menjadi landasan menuju kuasa sedang berhadapan krisis.

Sebelum bercakap tentang menguasai Putrajaya, PAS patut menilai semula apakah logo bulan (bendera PAS) tanpa jenama PN mampu mengekalkan jumlah kerusi parlimen mereka?

Sejauh mana cita-cita nasional boleh bertahan apabila wadah politik yang menjadi tonggak sedang terkubur?

Di satu sisi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zanuddin dan parti Wawasan beliau turut berdepan persoalan hala tuju politik.

Hamzah yang dikaitkan dengan percaturan politik baharu memerlukan struktur, sokongan dan kerjasama yang jelas. Kini, segalanya kabur.

Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, perkembangan ini menambah satu lagi lapisan kepada kemelut Bersatu–PAS. Saf kepimpinan PAS akan menyerang dan menyalahkan BERSATU.

PRN Melaka bakal berlangsung, pembatalan PN akan sangat memberi kesan kepada demografi pengundi dan arah sokongan mereka. PAS tanpa PN bukan jenama popular, apakah UMNO akan meneruskan kerjasama politik bersama PAS?

UMNO adalah hampir pasti akan melakukan timbang tara semula, menimbang kepentingan parti mereka, sementara MCA dan MIC mempunyai pertimbangan tersendiri dalam sebarang bentuk kerjasama.

PN kini kehilangan status pendaftarannya. PAS dilihat memerlukan satu gabungan politik baharu untuk menutup pelabelan PAS yang dilihat terlalu kaku dan agak ekstremis dikalangan rakyat bukan Pantai Timur.

Related Posts

PN terkubur, siapa untung? Siapa rugi?

PEMBATALAN pendaftaran Perikatan Nasional (PN) pada 19 Oktober 2026 bukan sekadar krisis pentadbiran. Ia mungkin menjadi titik perubahan besar dalam politik pembangkang negara. Keruntuhan ini bukan berlaku dalam sehari. Krisis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembatalan pendaftaran PN cetus persoalan terhadap kepimpinan Ahmad Samsuri

PEMBATALAN pendaftaran Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meletakkan kepimpinan pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di bawah penelitian serius. Keputusan itu bukan sekadar kemunduran pentadbiran;…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal