SPRM Perlis syor sembilan penambahbaikan tatakelola agihan Zakat Ta’awun MAIPs

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis membentangkan sembilan syor penambahbaikan tatakelola pengurusan agihan Zakat Ta’awun kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) susulan penemuan beberapa kelemahan dalam pengurusan agihan zakat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kelemahan tersebut membabitkan aspek pengiktirafan NGO, ketiadaan perjanjian agihan, pemantauan perbelanjaan, pengesahan dokumen serta penetapan jumlah bantuan yang disalurkan.

Turut dikenal pasti ialah kelemahan berkaitan garis panduan pengagihan, pengasingan akaun, kawalan kos operasi dan pendedahan mengenai kesalahan rasuah.

SPRM Perlis dalam kenyataan memaklumkan, kelemahan melibatkan amalan, sistem, prosedur dan mekanisme pemantauan itu berpotensi membuka ruang kepada ketirisan, salah guna kuasa serta penyelewengan dana zakat.

Sehubungan itu, sembilan syor penambahbaikan dikemukakan kepada MAIPs bagi memperkukuh kawalan dalaman, meningkatkan ketelusan serta memastikan pengurusan agihan zakat dilaksanakan secara lebih sistematik dan berintegriti.

Syor berkenaan dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perlis, Mohamad Razif Ab Rased dalam sesi Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola bersama MAIPs di sini semalam.

Sesi tersebut turut dihadiri Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani dan Ketua Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor bersama pegawai daripada kedua-dua agensi.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan syor berkenaan diharap dapat membantu MAIPs memperkemas prosedur sedia ada, khususnya dalam aspek pemantauan terhadap NGO yang menerima agihan Zakat Ta’awun.

Langkah tersebut juga bertujuan meminimumkan risiko ketirisan dan penyalahgunaan dana zakat selain memastikan setiap agihan diurus secara telus serta mempunyai tahap akauntabiliti yang tinggi.

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SPRM Perlis memperkukuh tatakelola dan pencegahan rasuah menerusi pendekatan khidmat nasihat serta kerjasama strategik antara agensi.

Related Posts

Syarikat rugi RM327,000 diperdaya sindiket penipuan ‘phone scam’

KUCHING – Sebuah syarikat tempatan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM327,000 selepas kakitangannya diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pengarah syarikat menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lori hilang kawalan, anggota JPJ maut ketika periksa kenderaan

SEREMBAN – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan jabatan itu dan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan, berhampiran susur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syarikat rugi RM327,000 diperdaya sindiket penipuan ‘phone scam’

Syarikat rugi RM327,000 diperdaya sindiket penipuan ‘phone scam’

Kepakaran Ali Jumaah beri manfaat kepada pembangunan ilmu turath di Malaysia

Kepakaran Ali Jumaah beri manfaat kepada pembangunan ilmu turath di Malaysia

Lori hilang kawalan, anggota JPJ maut ketika periksa kenderaan

Lori hilang kawalan, anggota JPJ maut ketika periksa kenderaan

Pegawai Kastam ditemukan maut, suami serah diri kepada polis

Pegawai Kastam ditemukan maut, suami serah diri kepada polis

Koperasi perlu peka perubahan pasaran, teroka peluang perniagaan baharu