Dua beradik maut terperangkap kebakaran rumah

MANJUNG – Dua beradik perempuan berusia 15 dan 18 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan hampir 90 peratus dua rumah berkembar dua tingkat di Kampung Koh, Sitiawan, di sini, pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kedua-dua mangsa ditemukan terperangkap di dalam rumah yang terbakar sebelum disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.01 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, BBP Seri Manjung serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai Remis ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran membabitkan dua rumah berkembar dua tingkat jenis kelas C dengan tahap kemusnahan dianggarkan hampir 90 peratus.

“Dua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam rumah berkenaan dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi pemadaman yang melibatkan 20 anggota berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi.

Kebakaran itu turut memusnahkan empat kenderaan, masing-masing dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.

Sayani berkata, kerja-kerja overhaul atau pemeriksaan menyeluruh masih dijalankan bagi memastikan tiada bara atau punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Pada masa sama, Unit Anjing Pengesan (K9) turut dihubungi bagi membantu siasatan di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Teluk Intan, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Foto: JBPM Perak

Related Posts

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

TAWAU – Pelbagai insentif yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 termasuk kenaikan gaji minimum mencerminkan Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara serta mengambil kira keperluan rakyat. Naib III Pengerusi Majlis Pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

KUANTAN – Dua pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah lebih RM58,000 dari awal tahun ini. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

PRN Melaka: PKR tanding sembilan kerusi, calon diumum 24 Oktober

PRN Melaka: PKR tanding sembilan kerusi, calon diumum 24 Oktober

Hamzah takut bentang bajet alternatif, tetapi berani mahu ambil alih kerajaan – Mahfuz

Hamzah takut bentang bajet alternatif, tetapi berani mahu ambil alih kerajaan – Mahfuz