
KUANTAN – Semua sekolah di negeri Pahang akan beroperasi seperti biasa pada 16 Oktober 2026, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan berikutan situasi jerebu.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan murid, guru, Anggota Kumpulan Pelaksana serta seluruh warga sekolah digalakkan memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan sekolah bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak-anak juga boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.
Sebarang perubahan berkaitan pengoperasian sekolah akan dimaklumkan oleh JPN Pahang dari semasa ke semasa menerusi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
Kesihatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah kekal menjadi keutamaan bersama dalam menghadapi situasi jerebu ketika ini.






