ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

KUCHING – Penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Sarawak dicadangkan sebagai sebuah platform rasmi bagi memperluas penglibatan golongan muda dalam pembentukan dasar negeri, selain berfungsi melahirkan pelapis kepimpinan masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, platform berkenaan boleh menjadi saluran utama untuk menghimpunkan pandangan belia daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.

“Keluasan (geografi) Sarawak serta kepelbagaian masyarakatnya memerlukan saluran khusus yang mampu menghimpunkan suara belia dari kawasan bandar, luar bandar, sehinggalah ke kawasan pedalaman,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Khamis.

Menurut Royston, cadangan struktur DUN Belia Sarawak itu boleh dirangka berdasarkan konsep Parlimen Belia Malaysia, serta mengambil contoh model pelaksanaan parlimen belia yang berjaya di beberapa negara maju.

Jelas beliau, sistem perwakilan mengikut kawasan DUN sebenar yang disokong oleh jawatankuasa dasar boleh dipertimbangkan bagi memberi pendedahan awal kepada belia mengenai proses perbahasan, penyediaan dasar dan tanggungjawab kepimpinan perundangan.

Beliau turut mencadangkan supaya setiap usul yang dibentangkan di dalam persidangan DUN Belia disalurkan secara rasmi kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan maklum balas serta tindakan susulan.

Katanya, mekanisme itu penting bagi memastikan cetusan idea dan cadangan golongan muda tidak terhenti sekadar pada peringkat perbahasan, sebaliknya dapat diberikan pertimbangan sewajarnya dalam proses pembangunan negeri.

“Dengan pendekatan interaktif ini, anak muda dapat memainkan peranan aktif sebagai rakan strategik kerajaan dalam membina masa depan Sarawak yang maju dan makmur,” tegasnya.

Sebagai rekod, Royston sebelum ini pernah membangkitkan perkara berkaitan penubuhan DUN atau Dewan Belia Sarawak dalam pertanyaan rasmi kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak pada persidangan DUN bertarikh 22 November 2023 yang lalu.

Ketika itu, beliau meminta penjelasan mengenai perancangan dan tindakan awal kerajaan negeri bagi merealisasikan platform berkenaan demi pembangunan modal insan dan penglibatan aktif belia dalam agenda pembangunan wilayah ini.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

SANDAKAN – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sandakan mencatatkan 112 setakat pukul 3 petang, sekali gus meletakkan kawasan itu dalam kategori tidak sihat. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

KOTA KINABALU – Kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A bukan berpunca daripada satu pihak sahaja, sebaliknya membabitkan pelbagai cabaran teknikal, pentadbiran dan kewangan, kata Ketua Merinyu Projek, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

ADUN Tellian cadang tubuh DUN Belia Sarawak sebagai platform kepimpinan muda

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Had tempoh jawatan PM, pengasingan kuasa pendakwaan dibincang Majlis Raja-Raja

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

Parlimen bebas selepas 33 tahun, Azalina puji langkah Anwar

IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

  • By Fandi
  • October 15, 2026
IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan