Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong sentimen positif susulan pembentangan Belanjawan 2027.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.0815/0900 berbanding dolar AS daripada paras 4.0820/0865 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, bagaimanapun berkata peningkatan risiko geopolitik di Asia Barat dan jangkaan inflasi AS yang lebih tinggi dijangka terus menyokong dolar AS.

Perkembangan terkini di Riyadh, Arab Saudi susulan serangan peluru berpandu menunjukkan keadaan semasa berpotensi berkembang menjadi konflik yang lebih meluas, sekali gus menjejaskan bekalan minyak mentah dengan lebih ketara.

“Harga minyak mentah Brent meningkat 1.38 peratus kepada US$106.16 setong. Setakat ini, Indeks Dolar AS naik 0.35 peratus kepada 102.573 mata, manakala kadar inflasi Indeks Harga Pengguna AS yang akan diumumkan pada Rabu dijangka meningkat kepada 3.6 peratus pada September daripada 3.4 peratus pada Ogos, berdasarkan anggaran konsensus.

“Sehubungan itu, ringgit berkemungkinan terus diniagakan dalam julat yang kecil,” katanya kepada Bernama.

Ketika dibuka, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 2.5748/5803 daripada 2.5739/5769 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3913/4025 daripada 5.4017/4077, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5545/5640 daripada 4.5637/5687 sebelum ini.

Berbanding mata wang negara ASEAN, ringgit meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 227.8/228.4 daripada 227.9/228.2, manakala berbanding peso Filipina ia hampir tidak berubah pada 6.50/6.52 berbanding 6.50/6.51 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit turut meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1864/1933 daripada 3.1873/1911 ketika ditutup pada Isnin, serta mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1318/1628 daripada 12.1391/1568.

  • Related Posts

    Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

    KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang membentangkan cadangan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan peruntukan sedia ada bagi membendung amalan rent-seeking atau Ali Baba di Parlimen tahun depan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Dakwa Belanjawan 2027 ‘gula-gula politik’, mana alternatif pembangkang?

    PUTRAJAYA – Melabelkan peningkatan bantuan menerusi Belanjawan 2027 sebagai gula-gula politik tanpa menunjukkan bukti dan alternatif yang lebih berkesan mempamerkan drama politik tidak matang pembangkang dalam melaksanakan semak dan imbang.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

    Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

    Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

    Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

    Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

    • By Ithma
    • October 14, 2026
    Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

    Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

    Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

    Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

    Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

    Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

    Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu