ART hidrogen mulakan laluan perintis Stutong-Samarahan tahun ini

KUCHING – Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di bawah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan memulakan operasi laluan perintis dari Depot Rembus di Samarahan ke Northbank di Stutong tahun ini, sebelum pelaksanaan penuh sistem itu bermula pada 2027.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan itu merupakan sebahagian daripada usaha negeri memajukan masa depan tenaga bersih menerusi pembangunan sistem pengangkutan awam berasaskan hidrogen.

“Laluan perintis itu akan beroperasi dari Depot Rembus di Samarahan ke Northbank di Stutong, disokong oleh bas pengantara berkuasa hidrogen serta loji pengeluaran hidrogen di Depot Rembus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 bagi bacaan kali kedua pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, pada Isnin.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM988 juta di bawah inisiatif Pembiayaan Alternatif bagi meneruskan pembangunan KUTS pada 2027.

Selain itu, sebanyak RM124 juta turut disediakan kepada Sarawak Metro bagi menyokong operasi sistem berkenaan, termasuk fasa perintis serta memastikan kesiapsiagaan operasi sepenuhnya sebelum perkhidmatan komersial dilaksanakan.

Dalam perkembangan berkaitan industri hidrogen, beliau berkata kerajaan negeri akan memulakan kajian bagi merangka kerangka kawal selia dan perundangan yang lebih menyeluruh untuk pembangunan industri itu.

Menurutnya, kerangka berkenaan akan meliputi aspek pengeluaran, pengedaran, penggunaan, piawaian, keselamatan serta eksport komersial hidrogen.

Beliau berkata, penyediaan kerangka perundangan itu penting bagi memberikan kejelasan perundangan dan kepastian kawal selia, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur, memudahkan pembangunan industri serta mempercepat pertumbuhan ekonomi hidrogen Sarawak.

Usaha itu juga bertujuan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga bersih serantau, selaras dengan aspirasi negeri untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

Related Posts

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

KUANTAN – Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan ditutup sementara esok sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

KOTA BHARU – Seorang guru wanita berusia 57 tahun yang terbabit dalam kejadian merempuh dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar