Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

HARTAL Doktor Kontrak (HDK) menyambut baik komitmen kerajaan untuk menamatkan sistem doktor kontrak yang berlarutan sejak 2016, susulan pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini.

HDK berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada 2027 disifatkan sebagai perkembangan penting dalam usaha memberikan kepastian kerjaya kepada warga perubatan negara.

“Selepas hampir sedekad berdepan ketidakpastian pekerjaan, peluang kemajuan kerjaya yang tidak seimbang dan kebimbangan terhadap masa depan, perkembangan ini membawa harapan baharu kepada doktor yang sekian lama memperjuangkan perubahan sistem berkenaan.

“Hartal Doktor Kontrak merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas komitmen untuk menangani isu yang sekian lama membebani profesion perubatan,” kongsinya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, kumpulan itu menegaskan bahawa pengumuman tersebut hanyalah langkah permulaan. Kejayaan sebenar bergantung pada pelaksanaan yang berkesan, proses yang telus dan hasil yang dapat dirasai oleh doktor terlibat.

HDK turut menegaskan bahawa penamatan sistem kontrak perlu disertai usaha lebih menyeluruh untuk memperbaiki keadaan kerja, memperkukuh laluan kemajuan kerjaya dan mengekalkan doktor berpengalaman dalam sistem penjagaan kesihatan awam.

Menurut kumpulan itu, doktor berhak menikmati sistem pekerjaan yang menawarkan keadilan, kestabilan kerjaya dan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada rakyat.

“Selepas hampir 10 tahun menanti, doktor memerlukan lebih daripada sekadar janji. Pelaksanaan yang konsisten, telus dan adil akan menjadi penentu sama ada harapan yang tercetus ini benar-benar membawa perubahan berkekalan kepada profesion perubatan negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri turut memaklumkan sejak 2023, Kerajaan MADANI telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak, termasuk 4,000 pada tahun ini.

Untuk rekod, HDK ialah satu gerakan protes atau mogok yang dianjurkan oleh pegawai perubatan kontrak di Malaysia sejak 26 Julai 2021.

Related Posts

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi akan terus memperkukuh agenda kesalinghubungan komunikasi negara menerusi pelaburan RM5 bilion bagi meningkatkan capaian Internet seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 pada Jumaat. Kementerian itu turut menyatakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara