Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

KOTA KINABALU – Pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun parkir tertunggak dalam jumlah tinggi boleh memohon bayaran secara ansuran dan mengemukakan rayuan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pertimbangan itu termasuk bagi pemilik kenderaan yang mempunyai jumlah kompaun terkumpul yang tinggi.

“Berdasarkan rekod DBKK, terdapat pemilik kenderaan yang ditunda mempunyai sehingga 200 kompaun terdahulu dengan nilai terkumpul mencecah RM40,000.

“Permohonan pembayaran secara ansuran dan rayuan jumlah kompaun terkumpul yang tinggi boleh dipertimbangkan,” ujarnya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Tambah Sabin, rekod berkenaan turut menunjukkan terdapat kesalahan parkir berulang dalam kalangan sebahagian pemilik kenderaan.

“Pemilik kenderaan yang ditunda diminta menghubungi Jabatan Penguatkuasaan DBKK bagi menguruskan tuntutan kenderaan dan mendapatkan penjelasan berdasarkan rekod kes masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sabin berkata, kemudahan parkir di pusat bandar Kota Kinabalu secara keseluruhannya mencukupi dengan kira-kira 20,000 petak parkir, termasuk 4,005 petak parkir awam.

“Antara kemudahan berkenaan ialah 452 petak di KK Plaza, 276 di Menara Jubili, 700 di The Shore, 750 di Wisma Merdeka, 500 di Warisan Square dan 800 di Oceanus.

“Orang ramai perlu menggunakan kemudahan parkir yang sah dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kenderaan diletakkan sehingga menghalang lalu lintas atau laluan pejalan kaki,”ujarnya.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia