Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai 1 November ini.

Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pindaan yang sudah diluluskan Parlimen itu kini hanya menunggu proses pewartaan akhir selepas JPJ menerima pandangan Jabatan Peguam Negara.

“Pindaan terhadap Akta 333 sudah diluluskan Parlimen dan jika semuanya berjalan lancar, pindaan ini akan dikuatkuasakan bermula bulan depan.

“Akta ini akan mengenakan hukuman yang jauh lebih berat antaranya melibatkan hukuman penjara terhadap kesalahan ‘mat rempit’,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

JPJ

Menurut Muhammad Kifli, pindaan itu juga akan memudahkan pegawai penyiasat mengambil tindakan di bawah Seksyen 42(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, peruntukan baharu itu bakal memperkukuh tindakan terhadap kegiatan perlumbaan haram, samseng jalanan dan aktiviti menunggang atau memandu secara berbahaya.

“Pindaan ini akan turut memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kegiatan mat rempit merupakan isu di peringkat nasional dan memerlukan penguatkuasaan berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, masalah ‘mat rempit’ yang berulang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini akan ditangani menerusi kerjasama lebih erat dengan pihak berkuasa lain.

“Isu mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu adalah masalah yang berulang dan JPJ akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan tindakan penguatkuasaan terus diambil,” katanya.

Related Posts

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

KERAJAAN Negeri Terengganu perlu menjelaskan langkah penyelarasan yang telah diambil bagi melindungi penduduk dan jalan raya berhampiran pesisir Kuala Nerus, ketika projek pengawalan hakisan pantai masih ketinggalan daripada jadual dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar