Dialog KDCA perkukuh Kadazandusun sebagai identiti bersama

PENAMPANG – Dialog Kadazandusun 2026 Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menjadi wadah penting untuk memperkukuh Kadazandusun sebagai identiti bersama setiap komuniti dalam pertubuhan itu.

Timbalan Presiden KDCA merangkap Pengerusi Penganjur, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, inisiatif itu tanpa mengetepikan keunikan jati diri budaya, bahasa, adat dan warisan.

“Komuniti Kadazandusun terdiri daripada pelbagai etnik dan sub-etnik yang mempunyai identiti, bahasa, dialek, adat, budaya, sejarah dan warisan tersendiri, menjadikan kepelbagaian itu sebagai kekuatan yang perlu dipelihara.

“Pada masa sama, sejarah menunjukkan keperluan mewujudkan identiti bersama apabila komuniti berkenaan bersatu dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama dengan Kadazandusun berkembang sebagai identiti yang menghubungkan pelbagai komuniti berkenaan,” katanya berucap pada Program dialog itu, baru-baru ini.

Difahamkan, dialog berkenaan di Hongkod Koisaan menghimpunkan 153 peserta mewakili 40 etnik dan sub-etnik, termasuk Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA, pemimpin persatuan, anggota masyarakat dan pemerhati.

Menurutnya, hubungan itu dapat difahami melalui tiga unsur yang saling melengkapi, iaitu identiti etnik sebagai akar, Kadazandusun sebagai identiti bersama dan KDCA sebagai payung institusi yang menyediakan ruang untuk kerjasama serta memperjuangkan kepentingan bersama.

“Ingin saya tegaskan disini, penerimaan Kadazandusun sebagai identiti bersama tidak bermakna mana-mana komuniti perlu meninggalkan nama, bahasa, dialek, adat, budaya, sejarah, persatuan atau hak untuk mengurus hal ehwal masing-masing.

“Sebaliknya , kita tidak perlu menjadi serupa untuk bersatu kerana perpaduan perlu dibina berasaskan penghormatan terhadap kepelbagaian yang wujud dalam komuniti Kadazandusun.

“Di dalam Dialog Kadazandusun 2026, ia turut mengambil kira kewujudan pandangan dan tafsiran berbeza mengenai identiti Kadazandusun, justeru dialog diperlukan bagi membolehkan peserta saling mendengar, meneliti sejarah bersama, menangani salah faham dan mencari titik persamaan,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, kertas pembentangan dalam dialog itu turut menelusuri perkembangan sejarah pembentukan identiti bersama menerusi beberapa peristiwa penting, termasuk Persidangan UNKO Pertama pada 6 dan 7 Ogos 1961 di Jesselton, yang menurut bahan dialog menerima ‘Kadazan’ sebagai identiti bersama pada ketika itu.

“Usaha ini kemudiannya berkembang apabila nama Kadazan dan Dusun digabungkan menjadi ‘Kadazandusun’, usulan persetujuan sebulat suara dalam Persidangan Perwakilan KCA Ke-5 pada 4 dan 5 November 1989, sebelum nama persatuan itu ditukar kepada KDCA.

“Perkembangan identiti bersama ini turut meliputi persetujuan bahasa antara KDCA dan United Sabah Dusun Association (USDA) pada 1995 yang menerima Kadazandusun sebagai nama rasmi bahasa bagi pengajaran bahasa ibunda, selain membenarkan penggunaan dialek lain, manakala Resolusi Kadazandusun Kedua pada 2004 pula menyeru penggunaannya dalam dokumen rasmi kerajaan.

“KDCA masih belum menerima keputusan rasmi berhubung permohonan pengiktirafan Kadazandusun sebagai identiti umum rasmi yang dikemukakan kepada Ketua Menteri melalui surat bertarikh 3 Julai 2016 dan 7 Disember 2022, setakat 19 September 2026,” tegasnya.

Tambahnya, konsep payung KDCA turut dibincangkan sebagai mekanisme yang menyatukan 49 etnik dan sub-etnik tanpa menghapuskan identiti masing-masing, selaras dengan kedudukan KDCA sebagai pertubuhan bukan politik yang didaftarkan pada 29 April 1966 untuk memperkukuh kebudayaan, bahasa, pembangunan sosial dan ekonomi serta jaringan komuniti.

“Di bawah konsep berkenaan, setiap komuniti terus mengekalkan nama, bahasa, adat, budaya, organisasi, kepimpinan dan hala tuju pembangunannya sendiri, manakala kerjasama di bawah KDCA boleh diperkukuh dalam bidang pemeliharaan budaya dan bahasa, pendidikan, pembangunan belia, keusahawanan, pekerjaan, latihan, pelancongan budaya serta advokasi.

“Saya turut menekankan peranan Kaamatan sebagai wadah budaya bersama yang dapat meraikan keunikan 49 etnik dan sub-etnik, sekali gus menterjemahkan gagasan “perpaduan dalam kepelbagaian” sebagai amalan yang menghubungkan warisan setiap komuniti di bawah identiti bersama Kadazandusun,” jelasnya.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

Chean Chung tidak aktif PKR lebih setahun – Anwar

Chean Chung tidak aktif PKR lebih setahun – Anwar

Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah