Tun Dr Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

SERI KEMBANGAN – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, selepas keputusan itu dibuat oleh keluarga Allahyarhamah

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, jenazah akan disemadikan bersebelahan pusara Allahyarhamah Tun Endon Mahmood.

“Pihak kerajaan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman untuk memastikan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah.

“Dalam keputusan keluarga, Allahyarhamah akan dikebumikan di Pusara Negara di Presint 20, Putrajaya,” katanya ketika ditemui media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir ke Masjid As-Syarif, Sungai Besi kira-kira jam 3.45 petang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Menurut beliau, kerajaan turut mengarahkan semua stesen radio dan televisyen menyesuaikan rancangan masing-masing sepanjang hari ini sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarhamah.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarhamah, Fahmi berkata, antara kenangan terawalnya adalah ketika beliau berusia 12 tahun dan masih bersekolah rendah.

“Saya baru diingatkan oleh seorang bekas guru saya yang merupakan seorang wartawan seni bahawa saya pernah membuat satu pementasan teater di sekolah bersama rakan-rakan dan disaksikan oleh Tun Siti waktu itu.

“Itu mungkin antara kenangan terawal saya. Jadi, saya rasa pemergian ini semestinya tak disangka, ketentuan Ilahi.

“She meant a lot of things to many people. Memang jasa beliau sebagai seorang ibu, sebagai seorang doktor akan sentiasa kita kenang,” katanya.

Related Posts

Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

TAWAU – Peruntukan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada sekolah pondok dan institusi tahfiz membuktikan komitmen jitu kerajaan memperkembangkan pendidikan dan kefahaman Islam. Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bentuk muka bumi cabaran utama operasi SAR Orang Asli hilang

Bentuk muka bumi cabaran utama operasi SAR Orang Asli hilang

Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

Tun Dr Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

Tun Dr Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

  • By Ithma
  • September 28, 2026
Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu