Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

KULAI – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Perodua Myvi selepas pemandunya bertindak agresif merempuh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Kenari, Bandar Putra, awal pagi semalam.

​Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee menerusi kenyataan rasmi memaklumkan kejadian berlaku pada jam 1.20 pagi sewaktu anggota URB menjalankan tindakan rondaan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.

​”Pemeriksaan awal ke atas kenderaan hitam terbabit mendapati terdapat seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 23 tahun sebelum pemandu bertindak melarikan diri dengan merempuh motosikal polis dan sebuah kenderaan Mazda CX-5.

​”Insiden merempuh berkenaan mengakibatkan seorang anggota polis mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit pada motosikalnya,” katanya.

​Menurut Seng Lee, anggota bertindak melepaskan satu das tembakan pada bahagian tayar kenderaan bagi tujuan pertahanan diri dan menghentikan suspek.

​“Tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya menahan kedua-dua suspek di lokasi berasingan di Bandar Putra dan Kluang dalam tempoh kurang 24 jam. Motif kejadian masih dalam siasatan,”

​Polis turut merampas sebuah Perodua Myvi hitam serta alat kawalan jauh kenderaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 332 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber: ikbm

Related Posts

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

TEMERLOH — Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan cedera dalam kemalangan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur pada 31 Ogos lalu, disahkan telah meninggal dunia. Mangsa, Sebastian Seow Jhen,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

  • By Aden
  • September 13, 2026
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion