Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

KUALA LUMPUR – Keterbukaan UMNO untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti kukuh bagi tujuan pendakwaan disifatkan sebagai pendirian yang tepat, kata Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menunjukkan parti tidak menghalang proses siasatan sekiranya terdapat asas dan bukti yang kukuh.

Katanya, perkara berkaitan siasatan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa dan tidak wajar dijadikan bahan untuk membuat sebarang kesimpulan sebelum proses berkenaan selesai.

“Kalau ada bukti kukuh, biarlah mahkamah menentukan. Kalau tertuduh bersalah, mahkamah akan tentukan.

“Bagi saya, itu perkara biasa. Kita serahkan kepada proses undang-undang,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Noh berkata, pendirian berkenaan juga penting bagi memastikan sebarang dakwaan membabitkan pemimpin parti dinilai berdasarkan bukti, bukannya persepsi atau tuduhan yang dibuat di media sosial.

Beliau berkata, UMNO tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah parti yang menghalang siasatan atau proses penguatkuasaan undang-undang, sebaliknya memberikan ruang kepada SPRM menjalankan tugas mengikut bidang kuasanya.

Mengulas tentang seorang lagi pemimpin kanan UMNO dipanggil SPRM, Noh berkata, perkara itu perlu dilihat secara berasingan sehingga terdapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.

Katanya, selagi tiada bukti atau keputusan mahkamah, sebarang dakwaan tidak wajar dianggap sebagai kesalahan yang telah terbukti.

Beliau berkata, pendekatan berasaskan bukti dan proses perundangan penting bagi mengelakkan isu berkenaan dimanipulasi sehingga menjejaskan imej parti atau individu yang terbabit.

Related Posts

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

UMAT Islam tidak boleh menentukan seseorang itu bakal menjadi penghuni syurga atau neraka kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak Allah SWT, kata Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Tuan Guru Sheikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan beliau dipaksa menandatangani…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jika tiada keikhlasan, lebih baik UMNO bergerak solo pada PRU16

Jika tiada keikhlasan, lebih baik UMNO bergerak solo pada PRU16

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini