20 anggota pasukan penyelamat digerak ke lokasi nahas helikopter di Long Lellang

MIRI – Seramai 20 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan digerakkan ke Ulu Baram bagi menjalankan operasi susulan insiden nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang pada Rabu.

Pasukan bersepadu tersebut membabitkan 15 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Operasi itu turut disertai oleh masing-masing seorang wakil daripada pihak Layang-Layang Aerospace serta Malaysia Airports Berhad (MAB).

Kesemua anggota terlibat diterbangkan ke lokasi kejadian menggunakan pesawat MI-171 milik JBPM dari Pangkalan Udara Wilayah Sarawak di Miri. 

Pergerakan ke lapangan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan pasukan operasi dan diikuti oleh pasukan forensik PDRM bagi melancarkan proses siasatan.

Terdahulu, satu taklimat penyelarasan berhubung aspek keselamatan, logistik dan cuaca telah disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba II, Kapten Robert James. 

Sesi berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Pergerakan penerbangan pertama yang pada awalnya dijadualkan pada jam 9.45 pagi terpaksa ditangguhkan akibat cuaca hujan sebelum selamat berlepas pada jam 11.06 pagi.

Fokus operasi di lokasi kejadian kini tertumpu kepada pengurusan kesemua mangsa yang terkorban serta pelaksanaan siasatan menyeluruh berhubung insiden nahas tragis pada petang Selasa itu.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM