Pengurusan dana awam mesti telus sebelum peruntukan KPKM ditambah

SERDANG – Pengurusan dana awam mesti dilaksanakan dengan teliti dan telus terlebih dahulu sebelum membolehkan peruntukan bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) boleh ditambah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah untuk meningkatkan peruntukan kepada KPKM kerana ia akan memberi manfaat langsung kepada petani, pesawah, pengusaha ladang dan nelayan.

Bagaimanapun katanya, peningkatan peruntukan itu perlu disertai tadbir urus yang baik bagi memastikan dana berkenaan digunakan secara berkesan.

“Di pihak kerajaan, saya tidak mempunyai masalah sama sekali untuk meningkatkan peruntukan bantuan kepada KPKM kerana ia akan memberi manfaat secara langsung kepada petani, pesawah, pengusaha ladang dan nelayan.

“Tetapi kalau bocor dan tiris, yang terdera nelayan, petani dan pesawah.  Sebagai contoh Felda, di antara estet perladangan terbesar dunia. Kalau diurus dengan baik, pulangannya kepada peneroka. Tetapi kalau teruk, yang ditimpa malapetaka itu adalah peneroka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pertambahan peruntukan KPKM penting bagi memastikan pelbagai agenda dan perancangan kementerian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Ia sekali gus membolehkan usaha memperkukuhkan pengeluaran makanan negara serta meningkatkan kesejahteraan golongan sasar termasuk petani, pesawah dan nelayan terus dipergiatkan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas siasatan terhadap beberapa institusi termasuk Tabung Haji (TH), Perdana Menteri berkata, tindakan lanjut termasuk pendakwaan, diputuskan oleh agensi penguatkuasaan.

“Setiap dakwaan itu siasatan bukan (oleh) saya, tetapi badan penguatkuasaan yang diputuskan, mendakwa itu Peguam Negara dan dia ada pasukan meneliti setiap kes. Yang hukum itu hakim,” katanya.

Tambahnya, perkara itu juga membabitkan kelewatan pengedaran baja di Kedah yang menyebabkan pesawah menjadi mangsa, dan ia memerlukan tindakan untuk disiasat.

“Mengenai soal pengedaran baja sawah di Kedah, kita lihat kelewatan sekali lagi menjadi mangsa pesawah. Mereka bangkit marah, ada memo bantahan kepada saya.

“Jadi kita kena cari balik punca syarikat mana diberi amanah, kenapa tiada tindakan terhadap mereka?

“Saya kata kalau syarikat ini ulangi tindakan itu, batalkan. Jangan jadikan petani dan pesawah mangsa. Kalau perlu hadapkan ke mahkamah, kaji balik proses. Ini hal yang tidak boleh diizinkan,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun