Tiga Klinik Pergigian Bergerak baharu untuk Penampang, Kudat dan Keningau

KOTA KINABALU – Sabah bakal menerima tiga Klinik Pergigian Bergerak baharu pada penghujung tahun ini bagi memperluaskan akses perkhidmatan pergigian kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiga klinik bergerak berkenaan akan memberi tumpuan kepada daerah Penampang, Kudat dan Keningau sebagai sebahagian usaha Kementerian Kesihatan (KKM) mempertingkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan pergigian asas.

“Kemudahan berkenaan akan menyokong pelaksanaan program jangkauan luar (outreach) bagi memastikan perkhidmatan kesihatan pergigian dapat dibawa lebih dekat kepada masyarakat yang memerlukan.

“Ini bagi memastikan masyarakat luar bandar dan pedalaman terus mendapat akses, selaras dengan prinsip tiada siapa yang terpinggir (leaving no one behind),” ujarnya semasa meramsikan Pusat Pakar Pergigian Sabah, di sini, pada Sabtu.

Menurut Dzulkefly, usaha memperluaskan perkhidmatan hingga ke peringkat komuniti merupakan sebahagian daripada langkah KKM melengkapkan ekosistem penjagaan pergigian, selain memperkukuh perkhidmatan sedia ada di peringkat primer dan kepakaran.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, KKM menyasarkan Pusat Pakar Pergigian Sabah (PPPS) berkembang sebagai Pusat Kecemerlangan Kepakaran (CoE) Pergigian bagi Zon Malaysia Timur yang menyepadukan rawatan klinikal, latihan, penyelidikan, inovasi dan kerjasama strategik.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM