19 PATI warga Thailand dihantar pulang melalui ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand dipindahkan dan dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, PATI yang dipindahkan terdiri daripada 14 lelaki dan lima wanita itu sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantik, Sik.

Mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan sudah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum proses pemindahan dilaksanakan.

“Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI berkenaan turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem imigresen bagi menghalang sebarang cubaan memasuki semula Malaysia pada masa akan datang.

“Program pemindahan ini adalah sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan JIM Kedah dalam usaha membanteras kehadiran dan aktiviti PATI di negara ini,” kata kenyataan itu.

Berikutan itu, JIM Kedah akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan, pengesanan, penahanan, pendakwaan dan penghantaran pulang PATI bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan negara terus terpelihara.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX