Banjir Nepal: 77 rakyat Malaysia dibawa ke Kathmandu, lagi 55 masih hilang

PUTRAJAYA – Seramai 77 rakyat Malaysia yang selamat di Tibet dan Nepal susulan tragedi banjir lumpur minggu lalu, sudah dibawa ke Kathmandu bagi menjalani proses repatriasi untuk kembali ke Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkembangan itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berhubung keadaan rakyat Malaysia susulan bencana di Nepal.

“Menteri Luar juga memaklumkan bahawa terdapat lagi 55 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan.

“Mereka (77 rakyat Malaysia) sudah dibawa ke Kathmandu untuk proses repatriasi untuk kembali ke Malaysia,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

Selain itu, Kabinet turut mengambil maklum mengenai kelulusan sumbangan bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4.3 juta) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu usaha-usaha kemanusiaan di kawasan terjejas.

Fahmi berkata, keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Rabu susulan situasi yang berlaku di negara berkenaan.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan sumbangan itu pada 30 Ogos lalu, selain mengarahkan penghantaran pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan SMART turut membantu mengesan serta membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana, selain membantu Kedutaan Malaysia di Kathmandu menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.

Banjir dan tanah runtuh melanda daerah Rasuwa di Nepal pada 26 Ogos lalu, menyebabkan kemusnahan besar di sepanjang kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Menurut Associated Press (AP), sekurang-kurangnya 1,118 orang terkorban di Nepal setakat Rabu, manakala lebih 3,900 lagi masih hilang.

Operasi menyelamat masih dijalankan, namun infrastruktur yang rosak serta bentuk muka bumi yang sukar menyukarkan usaha untuk sampai ke kawasan terjejas.

China turut melaporkan 16 kematian dan 546 orang masih hilang di bahagian sempadan negara itu.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM