Sambutan Hari Sabah 2026 semarak semangat perpaduan rakyat

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Sabah 2026 berlangsung meriah di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, malam tadi, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan rakyat terhadap negeri Sabah.

Majlis yang menghimpunkan barisan pemimpin negeri, penjawat awam serta masyarakat itu turut menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan yang menjadi asas keharmonian dan kemajuan Sabah.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Dr Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Faridah Tussin turut memeriahkan sambutan tersebut.

Dalam ucapannya, Tun Musa berharap perpaduan erat yang terjalin dalam kalangan rakyat Sabah terus dipelihara dan diperkukuhkan.

“Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga perpaduan erat yang sedia terjalin dalam kalangan rakyat di negeri Sabah terus dilestarikan dan diperkukuhkan.

“Maka dengan Bismillahirrahmanirrahim, saya menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Sabah pada tahun 2026 ini dengan rasmi ini,” katanya semasa merasmikan Hari Sabah Tahun 2026, pada Isnin.

Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan montaj khas, upacara menaikkan bendera serta persembahan khas ‘Sabah Tanah Airku’ yang membangkitkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negeri Sabah.

Majlis yang bermula pada 6.30 petang itu berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan rakyat yang mula membanjiri lokasi seawal 5.00 petang bagi bersama-sama menyaksikan sambutan berkenaan.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama isteri, Datun Seri Juliah Salag; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya serta barisan Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kabinet Negeri dan pemimpin kanan kerajaan.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok