Khidmat guaman percuma bantu orang ramai fahami penyelesaian undang-undang

TAWAU – DAP Tawau akan mengadakan perkhidmatan nasihat guaman percuma pada Jumaat ini kepada orang awam bagi membantu mereka memahami dan mendapatkan panduan berkaitan isu perundangan yang dihadapi.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap berkata, perkhidmatan dua jam bermula 10 pagi itu akan disampaikan penasihat undang-undang, Peguam Larina Wong di Ibu Pejabat DAP Tawau, Taman Emas.

“Berdasarkan beberapa sesi nasihat guaman percuma yang telah diadakan sebelum ini, kami mendapati ramai yang masih mempunyai persoalan tentang bagaimana masalah undang-undang mereka boleh diselesaikan dan sama ada perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah.

“Ada juga yang ingin mengetahui jik sesuatu pertikaian boleh diselesaikan melalui rundingan atau penyelesaian secara persendirian atau terdapat pilihan lain,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, ramai yang hanya mengetahui selepas mendapatkan nasihat bahawa sebenarnya terdapat langkah lain dalam menyelesaikan sesuatu.

“Bukan semua masalah undang-undang perlu dibawa ke mahkamah dan ada perkara yang boleh diselesaikan melalui kaedah lain tanpa menanggung kos guaman yang tidak perlu.

“Oleh itu erkhidmatan ini diadakan semula bagi membolehkan orang ramai memahami situasi dan pilihan yang ada sebelum menentukan langkah seterusnya,” ujarnya.

Katanya, tempahan awal boleh dibuat melalui pejabat DAP Tawau di talian 013-202 2826.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India