IRGC dakwa berjaya tembak jatuh dron milik tentera AS

ISTANBUL – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Isnin mendakwa pihaknya menembak jatuh sebuah dron Amerika Syarikat (AS) di ruang udara Selat Hormuz hingga terhempas ke perairan Teluk, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Dalam satu kenyataan, pejabat perhubungan awam IRGC berkata anggota pertahanan udaranya menembak jatuh dron jarak jauh MQ-9 Reaper milik AS dengan peluru berpandu pada awal Isnin, menyebabkan pesawat tanpa pemandu itu jatuh ke perairan Teluk, menurut agensi berita Mehr Iran.

Kenyataan itu turut memuji sokongan berterusan rakyat Iran terhadap anggota tenteranya, sambil menyifatkannya sebagai kekuatan terbesar kepada pasukan pertahanan negara berkenaan.

Pada Ahad, tentera AS menyerang dua pelancar Iran di Pulau Larak, sekali gus menandakan serangan pertama AS ke atas wilayah Iran sejak akhir Julai, menurut seorang pegawai AS kepada Axios.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

  • By Ithma
  • September 16, 2026
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu