HKHM 2026: 69 tahun merdeka, rakyat perlu lebih matang hayati kebersamaan – Pakar

RAKYAT Malaysia perlu lebih matang dalam memahami erti kebersamaan selepas 69 tahun negara mencapai kemerdekaan, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dicapai bersama perlu diterjemahkan melalui kesediaan rakyat menerima perbezaan serta memahami bahawa semua masyarakat merupakan sebahagian daripada sebuah negara.

“Rakyat perlu matang dan mampu menerima bahawa kita semua ialah rakyat Malaysia. Kita ialah satu komuniti dan kita sudah lama hidup dengan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Sabtu.

Noor Aziah berkata, rakyat tidak seharusnya menghabiskan masa dengan pertelingkahan mengenai isu nasional yang boleh menjejaskan hubungan antara masyarakat.

Katanya, selepas 69 tahun merdeka, rakyat sepatutnya lebih memahami sejarah pembentukan negara dan menghargai kehidupan bersama yang telah dibina sejak sekian lama.

“Kita tidak mempunyai masa untuk bergaduh mengenai isu nasional. Kita perlu melihat bahawa kita sudah hidup bersama untuk tempoh yang lama dan perlu terus menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, kematangan rakyat juga penting bagi memastikan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai latar belakang terus dipelihara.

Tambah Noor Aziah, tempoh 69 tahun kemerdekaan masih dianggap muda bagi sesebuah negara, justeru rakyat mempunyai ruang untuk terus membina negara dengan lebih baik.

“Tahun depan kita akan mencapai 70 tahun. 70 tahun itu masih merupakan usia yang muda bagi sebuah negara.

“Jadi, kita perlu terus membina kekuatan kita dan menghargai apa yang telah kita capai selama ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, semangat menghargai kemerdekaan juga perlu disertai rasa syukur terhadap perjuangan generasi terdahulu yang membolehkan rakyat hari ini menikmati kehidupan dalam sebuah negara berdaulat.

  • Related Posts

    ‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

    KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

    REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

    ‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

    KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

    • By Fandi
    • September 16, 2026
    KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

    Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

    Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

    Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

    Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

    Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

    Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

    ‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

    ‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX