Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Kesalahan dan kelemahan pemimpin Melayu tidak boleh dihalalkan dengan menjadikan DAP sebagai alasan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali.

Beliau berkata, walaupun DAP mempunyai kelemahan dan pernah melakukan perkara yang menyinggung perasaan umat Islam, kesalahan pemimpin Melayu juga perlu diakui dan tidak boleh diketepikan.

“DAP memang ada tanggungjawab dan DAP juga ada melakukan perkara-perkara yang menyinggung perasaan orang Islam. Itu kita tidak boleh nafikan.

“Tetapi pada masa sama, banyak juga berlaku kesalahan, kelemahan dan penyelewengan rasuah dalam kalangan pemimpin Melayu sendiri.

“Jadi apabila perkara ini berlaku, kita diamkan dan menyalahkan DAP. DAP memang ada kelemahan dan kesalahan, tetapi bukan bermakna dengan menyalahkan DAP, kita sucikan segala tindakan buruk dalam kalangan pemimpin Melayu,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Ibrahim berkata, beliau sejak dahulu tidak menyukai DAP dari segi ideologi, khususnya berkaitan konsep Malaysian Malaysia, namun pendirian itu tidak bermakna kesalahan pihak lain boleh dilindungi dengan menyalahkan parti berkenaan.

“Saya memang daripada dahulu anti-DAP. Saya tak suka DAP dari segi ideologi. Saya konsisten.

“Cuma yang saya tidak suka ialah orang menggunakan isu DAP untuk menghalalkan tindakan orang lain. Buat salah, kemudian hendak berselindung dengan menyalahkan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut membidas Pas yang didakwanya tidak konsisten dalam pendirian politik, khususnya membabitkan hubungan dengan UMNO dan Bersatu.

Beliau berkata, Pas sebelum ini bekerjasama dengan UMNO sebelum memilih Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai rakan politik, namun kini dilihat mahu kembali menjalinkan hubungan dengan UMNO.

Bagi menggambarkan perubahan pendirian itu, Ibrahim menggunakan analogi hubungan rumah tangga dengan menyifatkan UMNO sebagai ‘isteri lama’ dan Bersatu sebagai ‘isteri muda’ Pas.

“Pas dulu bersama UMNO. Dia cerai UMNO, kemudian dia berkahwin dengan Bersatu sebagai bini muda.

“Sekarang dia nak tinggalkan bini muda, dia nak balik kepada bini tua. Janda lama pula tiba-tiba kata boleh rujuk balik dengan saya.

“Jadi Pas tergila-gila sangat dengan janda lama ini,” katanya.

Ibrahim berkata, perubahan pendirian itu menunjukkan Pas tidak mempunyai pendirian politik yang teguh, tegas dan berprinsip.

“Pas ini tidak konsisten. Tidak ada pendirian yang teguh, yang tegas, yang bermoral, yang berakhlak dan berprinsip. Jadi dia suka tukar,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pendirian Pas terhadap kerjasama dengan parti bukan Islam, termasuk DAP, MCA dan Gerakan.

“Apa beza MCA dengan DAP? Apa beza Gerakan dengan DAP? Semuanya orang Cina. Semuanya bukan Islam.

“Tetapi boleh pula orang Melayu ikut permainan politik Pas yang boleh suka menukar pendirian,” katanya.

Ibrahim berkata, perubahan pendirian politik tidak menjadi masalah sekiranya ia dibuat berasaskan prinsip yang jelas, namun Pas perlu memastikan pendiriannya konsisten dan tidak mengelirukan rakyat.

“Kalau pendirian itu berasaskan prinsip, bagus. Tetapi ini nampak sangat dia bodohkan rakyat,” katanya.

Related Posts

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

UCAPAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan Belanjawan 2027 tiada perkara baharu atau cadangan alternatif yang jelas, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar