Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

SHAH ALAM – Penumpang Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam bakal dikenakan tambang bermula hari ini selepas menikmati perkhidmatan percuma selama enam minggu.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, caj tambang turut mula dikenakan bagi perkhidmatan bas perantara serta kemudahan Park N’ Ride pada tarikh sama.

Katanya, pelaksanaan perkhidmatan berbayar menjadi fasa baharu dalam operasi Laluan Shah Alam selepas tempoh perjalanan percuma mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Rapid KL turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna atas sokongan, kepercayaan dan kesediaan memilih pengangkutan awam sepanjang tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan membuat persediaan sebelum perjalanan dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Penumpang juga diminta memastikan kad pembayaran mempunyai baki minimum RM5 bagi melancarkan urusan perjalanan.

Dalam pada itu, tambang konsesi menerusi Kad Konsesi MyRapid turut disediakan kepada golongan yang layak, termasuk pelajar, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Penumpang yang memenuhi syarat boleh menggunakan kad konsesi masing-masing untuk menikmati kadar tambang yang ditetapkan.

Rapid KL menggalakkan orang ramai terus menggunakan Laluan Shah Alam sebagai pilihan pengangkutan awam bagi perjalanan harian yang lebih mudah, selamat dan lancar.

Maklumat lanjut mengenai kadar tambang Laluan Shah Alam boleh disemak menerusi laman rasmi MyRapid.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan