SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

KUANTAN – Pelajar sekitar Kuantan berpeluang mendalami dunia sains dan teknologi apabila Program STEM Camp – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi pada 9 September ini.

Program ini adalah hasil kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita Inspirasi Kuantan (WINK), Fakulti Kejuruteraan Teknologi Pembuatan dan Mekatronik (FKTPM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan APPGM-SDG Parlimen Malaysia.

Inisiatif ini dibawa khas untuk warga kejiranan dengan matlamat memupuk minat anak-anak remaja dalam bidang STEM seawal usia sekolah.

Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi dan WINK memainkan peranan penting dalam membawa program tersebut ke Kuantan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Fakhrul Anuar dan WINK yang berusaha membawa program ini bagi memajukan masa depan pendidikan anak-anak remaja kejiranan kita,” menurut kenyataan.

Persiapan program turut dibincangkan dalam pertemuan antara Pengetua SMK Sungai Soi, Norasnida Mohd Arif, Fakhrul Anuar dan wakil WINK, Sridayu Samsuri yang berlangsung semalam.

Dengan penglibatan tenaga pakar daripada FKTPM UMPSA, peserta dijangka dapat merasai pengalaman pembelajaran STEM secara praktikal dan interaktif.

Program ini terbuka kepada warga kejiranan dan diharapkan dapat memberi pendedahan baharu serta inspirasi kepada generasi muda untuk terus cemerlang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills