RCI TH: Integriti Tabung Haji tercalar, heret segera pengkhianat ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan pentadbiran terdahulu telah menghakis keyakinan orang ramai dan menimbulkan keraguan terhadap integriti pihak yang diamanah menguruskan badan itu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, institusi yang sekian lama menjadi kebanggaan dalam pengurusan kewangan Islam dan dana haji itu bukan sahaja mengalami kegagalan, malah turut mencemar reputasi Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu terlibat dalam salah guna kuasa, selepas RCI mendedahkan kegagalan tadbir urus serius dalam TH akibat campur tangan politik serta penyelewengan pelaporan kewangan.

“Antara penemuan utama RCI ialah TH melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017, namun mengikut piawaian pelaporan kewangan yang sepatutnya, institusi itu sebenarnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion dengan jurang RM4.8 bilion yang disifatkan berpunca daripada manipulasi penilaian aset serta kegagalan merekodkan kerugian rosot nilai.

“TH juga didapati beroperasi dalam keadaan defisit aset berbanding liabiliti sejak 2014, namun masih mengagihkan hibah melebihi kemampuan kewangannya sehingga menjejaskan modal pendeposit, selain pembayaran bonus berlebihan kepada pihak pengurusan ketika institusi itu berdepan tekanan kewangan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurut Mohideen, laporan RCI turut mengenal pasti campur tangan politik sebagai punca utama kepada penyalahgunaan itu apabila keputusan berkaitan kadar hibah dan strategi pelaburan dibuat berdasarkan kepentingan politik, bukannya pertimbangan kewangan yang berhemah atau prinsip etika Islam.

Sehubungan itu, Mohideen menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap semua pihak yang terbabit tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

“Akta Tabung Haji 1995 juga perlu dipinda bagi menghapus kuasa luas menteri dalam urusan TH serta melarang ahli politik aktif memegang jawatan dalam lembaga pengarah atau pengurusan institusi berkenaan.

“CAP juga menggesa supaya operasi pelaburan TH diletak di bawah pemantauan kawal selia yang lebih ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memulih integriti serta keyakinan orang ramai terhadap institusi itu,” katanya.

Krisis kewangan TH yang bermula dengan isu ketidakpadanan aset dan liabiliti membawa kepada pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar, sebelum disusuli penubuhan RCI bagi menyiasat isu berbangkit bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah