Kerajaan laksana mesyuarat khas tumpu pemerkasaan pintu masuk negara

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas esok dalam merangka pelan penambaikan serta pemerkasaan aspek keselamatan di lapangan terbang, di semua pintu masuk utama negara susulan seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan selepas didakwa membawa dadah ke Indonesia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu, yang mengarahkan kementerian terlibat menyediakan pelan komprehensif bagi menangani isu berkenaan.

“Pada akhir mesyuarat itu, satu ketetapan telah dibuat iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) diminta mengemukakan satu pelan komprehensif penambahbaikan mitigasi berkait kejadian itu.

“Aspek operasinya, aspekequipmentnya, aspekmanpowernya, penyelarasannya, dan itu harus diuruskan dalam masa terdekat. Esok, saya akan mengadakan mesyuarat melibatkan pimpinan pegawai-pegawai tinggi kementerian di KDN.

“Difahamkan Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) juga berbuat demikian kerana tugasan itu diberikan kepada kami,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelepasan Star City FC di Dataran Masjid Putrajaya, pada Ahad.

Pada Sabtu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian dan agensi berkaitan memperketat kawalan serta memperkasa tahap keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah langkah berkenaan penting bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah serta mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Pada 29 Julai lalu, seorang juruterbang warga Malaysia ditahan kerana disyaki cuba menyeludup dadah termasuk lebih 70,000 pil ekstasi seberat 25 kilogram.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menaiki penerbangan berkenaan sebelum ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan