Persidangan FEBS 2026 bincang potensi AI pacu kelestarian ekonomi Borneo

KUCHING –  Sarawak terus mengorak langkah memperkasakan polisi ekonomi hijau berteraskan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 bagi memastikan kelestarian pembangunan wilayah berkenaan kekal terjamin.  

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, usaha agresif itu mendapat pengiktirafan pakar antarabangsa yang menggelar Sarawak sebagai sebuah wilayah ‘Petro-Electro-State’.  

Menurut beliau, gelaran tersebut secara khusus diberikan oleh seorang pakar tenaga dari Jepun pada satu persidangan dua bulan lalu kerana keunikan Sarawak yang kaya dengan dua sumber utama, iaitu petroleum dan pelbagai spektrum tenaga elektron seperti kuasa hidro, solar serta hidrogen.  

“Menerusi kekayaan sumber ini, kita menyasarkan peningkatan kapasiti tenaga hidroelektrik daripada 5.8 gigawatt kepada sekurang-kurangnya 10 gigawatt menjelang tahun 2030.  

“Selain itu, Sarawak juga mula menjual tenaga ke Kalimantan sejak 2016 dan Sabah sejak 2015. Eksport ke Brunei pula dijangka bermula tahun depan, dan kita akan terus menuju ke pasaran Filipina melalui Palawan, serta menyalurkan tenaga ke Singapura menerusi kabel dasar laut dalam tempoh tujuh tahun lagi,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Kelestarian Kewangan, Ekonomi dan Perniagaan (FEBS) 2026 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sebuah hotel pada Rabu.

Persidangan antarabangsa tersebut mengangkat tema ‘Kecerdasan Buatan untuk Ekonomi dan Perniagaan Mampan dalam Era Revolusi Industri 5.0’.

Mengulas berkenaan tema itu, Dr Hazland menjelaskan kemajuan fasiliti Kecerdasan Buatan (AI) kini mula berevolusi ke arah teknologi ‘grid AI’ yang tidak lagi terlalu bergantung kepada pembinaan pusat data fizikal berskala besar.  

Beliau berpandangan, sistem baharu tersebut dijangka dapat mengurangkan bebanan operasi yang sebelum ini memberi impak berat kepada kawasan sekitar serta ekonomi rakyat.  

Sementara itu, menerusi ucapan alu-aluan Pengerusi FEBS 2026, Dr Dzul Hadzwan Husaini, turut mengingatkan walaupun teknologi AI memacu pertumbuhan inovasi, infrastruktur sokongannya masih menuntut kapasiti pengkomputeran, penggunaan air dan sumber elektrik yang sangat tinggi.  

Justeru, persidangan berkenaan diharap dapat menjadi platform tepat untuk membincangkan jalan penyelesaian bagi memastikan kelajuan penggunaan AI seimbang dengan tanggungjawab kelestarian alam.  

Bagi penganjuran pusingan ini, persidangan FEBS 2026 telah menerima lebih 120 penyertaan kertas kerja. 

Persidangan tersebut menghimpunkan hampir 100 delegasi dan peserta antarabangsa dari pelbagai negara termasuk Jepun, China, Thailand, Indonesia dan Pakistan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok