AGC teliti segera laporan RCI Tabung Haji, tentukan keperluan pendakwaan

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti dengan segera dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 bagi menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan.

AGC dalam satu kenyataan memaklumkan penelitian tersebut akan memastikan semua aspek siasatan oleh badan penguat kuasa dilaksanakan secara menyeluruh dan komprehensif sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Jabatan ini akan mengambil tindakan segera meneliti laporan berkenaan bagi memastikan segala aspek siasatan oleh badan-badan penguat kuasa dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan komprehensif agar pertimbangan sewajarnya dapat dibuat bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan,” menurut kenyataan itu.

AGC berkata, langkah itu selaras dengan tanggungjawab perlembagaan jabatan berkenaan untuk memastikan setiap siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang dan berasaskan keterangan yang mencukupi.

Menurutnya, sebarang keputusan berhubung pendakwaan, jika perlu, akan dibuat secara bebas berdasarkan undang-undang dan bukti yang boleh diterima di mahkamah tanpa dipengaruhi tekanan mana-mana pihak atau sentimen awam.

Pada masa sama, AGC menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung perkara tersebut.

Katanya, tindakan sedemikian boleh menjejaskan proses siasatan selain menghakis keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan dan kelangsungan Tabung Haji dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Related Posts

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM